Kami bermula mengenali hati budi masing-masing dengan penuh kepayahan. Terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang terlalu sukar untuk diceritakan. Datang dari pelbagai lorat bahasa dan daerah dengan seusia 15 tahun pasti agak janggal. Tambahan terpaksa menghadapi (brader) abang-abang yang cuba membentuk kami untuk sepakat dengan cara yang tersendiri.

Kini semua itu hanya tinggal kenangan, dengan seusia kami sekarang adakalanya terasa sebak dan tersentuh pabila terkenang pahit manis bersama. Justeru dengan paparan serba sedikit photo ini mungkin dapat mengimbau kembali kenangan yang sukar dan tidak mungkin akan dilupakan buat selamanya.

Dari seramai 56 orang, 3daripada kami telah kembali ke rahmatullah iaitu:
1. Allahyarham Amir bin Ramli
2. Allahyarham Ibrahim bin A. Rahim
3. Allahyarham Hamidun Arshad



No comments:
Post a Comment