12 itk

12 itk

Saturday 29 March 2014

Lawatan Ke Desa Bina Diri Jerantut Pahang

Pada 29 Mar 2014 seramai 14 daripada intake 12 telah membuat kunjungan ke Desa Bina Diri Jerantut Pahang. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menziarahi salah seorang dari sahabat kami dari intake 12 iaitu Saadon Ghazali yang telah ditempatkan di sini atas sebab-sebab tertentu.

Menurut maklumat yang diperolihi dari rekod simpanan Desa Bina Diri, Saadon telah berkelana di situ bermula Okt 2009 hingga sekarang yang sudah lebih 5 tahun. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas info yang diperolihi serta lawatan awal brader Rahim Bain serta Abdillah pada 23 Mar 2014.



Susualan dari maklumat yang diterima, rancangan lawatan telah dirangka dan alhamdulillah program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.

Bermula seawal jam 0900 pagi, kami berkumpul di rumah brader Hadzir (Taman Sri Gombak, Batu Caves) untuk menikmati sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan. Dalam program lawatan ini juga turut disertai oleh brader Khairuddin dari intake 13.

Kehadiran adalah seperti berikut:
1.   Hadir
2.   Rahim
3.   Khalid
4.   Khairi
5.   Ghazali
6.   Kamal
7.   Razak
8.   Abdillah
9.   Apendi
10. Ruslan
11. Zaini
12. Saad
13. Mazelan
14. Hasmadi
15. Khairuddin (intake 13)


Setelah hampir 2 jam beramah mesra bersama brader Saadon, selepas selesai mengerjakan solat Zuhur berjemaah kami berangkat meninggalkan Desa Bina Diri dengan penuh kenangan yang cukup bermakna. In syaa Allah selepas ini Saadon tidak akan kehilangan kawan-kawan dan kenangan.

kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan DBD Jerantut yang telah menjaga  sahabat kami dengan baik.