12 itk

12 itk

Monday 31 March 2014

Mesyuarat Perlantikan AJK Penajaan Di Cameron Highland

9 Mei 2008. Intake 12 sekali lagi telah mengadakan suatu perjumpaan di Cameron Highland dengan bertujuan untuk mewujudkan AJKPeringkat Penajaan. Semasa mesyuarat ini dijalankan, brader Mahad telah sebulat suara dilantik sebagai President.

 Makan Malam di Restoran Mama Rozi Kopitiam Milik Zaharuddin Afats Intake 24

Perjumpaan Intake 12 Sempena Reunion Ex Afats di Bukit Merah Lake Town, Perak.

29 Mar 2008. Seramai 18 orang dari intake 12 telah turut serta dengan  Re Union Ex Afats di Lake Town Bukit Merah.
Duduk kiri ke kanan: Razak, Abdullah, Zakaria, Allahyarham Hamidun, Halim, Hadzir, Saad dan Zainol.
Berdiri kanan ke kiri: Razak Alif, Mayadi, Kaswadi, Allahyarham Ibrahim, Shukri, Kamal Bahrin, Mazelan, Hassan, Khairi dan Nozri.

Nostalgia Intake 12

Setelah 35  tahun berlalu, terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan. Bermula pada Apr 1979 dengan pemilihan yang dijalankan di PD Garison sehingga akhirnya seramai 56 orang remaja terpilih untuk menuntut di Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT) atau juga dikenali sebagai Armed Forces Apperentis Trade School (AFATS) sebagai penuntut intake ke 12.

Kami bermula mengenali hati budi masing-masing dengan penuh kepayahan. Terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang terlalu sukar untuk diceritakan. Datang dari pelbagai lorat bahasa dan daerah dengan seusia 15 tahun pasti agak janggal. Tambahan terpaksa menghadapi (brader) abang-abang yang cuba membentuk kami untuk sepakat dengan cara yang tersendiri.

Sunday 30 March 2014

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS ANGKATAN TENTERA (SPPAT) DAN SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SSPTD)



Melalui perancangan asal penubuhan Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT), ia telah ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi peluang kepada pemuda Malaysia yang berumur dari 14½ hingga 16 tahun dengan kelulusan LCE untuk menjalani kursus dalam bidang akademik, teknikal dan ketenteraan selama 3 tahun. Mereka juga akan menduduki peperiksaan Senior Cambridge atau GCE pada penghujung latihan mereka di sekolah ini. Mereka yang menamatkan latihan adalah juga layak untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia sama ada di dalam perkhidmatan TenteraDarat terutamanya di dalam Kor JLJ, Tentera Laut atau Tentera Udara. Mereka juga akan diberi keutamaan bagi pemilihan Pegawai Kerja Woksyop di dalam Kor JLJ. 


Hasil dari perbincangan demi perbincangan yang telah dibuat di peringkat atasan, akhirnya sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Apr 1968 sebagai salah satu cawangan latihan di Sekolah JLJ dan kemudian dirasmikan penubuhannya oleh Jen Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin, Ketua Turus Tentera Darat pada 9 Nov 1968. Namun begitu melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera Ke-108 yang bersidang pada 5 Dis 1968 memutuskan bahawa sekolah ini adalah sebuah sekolah teknik tentera, dengan kelayakan masuk adalah Sijil Rendah Pelajaran (Penghantar Bahasa Melayu) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Ilmu Hisab dan satu matapelajaran sains. Majlis ini turut menetapkan tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi latihan tentera, teknik dan akademik selama tiga tahun bagi menyesuaikan para perantis sebagai anggota-anggota petukang di dalam Angkatan Tentera. Walaupun sekolah ini berada di bawah pentadbiran Sekolah JLJ, ia dikelola oleh Lembaga Tentera Bersama yang bertanggungjawab terus kepada Jawatankuasa Kerja Majlis Angkatan Tentera. Majlis Angkatan Tentera turut menetapkan bahawa para perantis adalah dibenarkan untuk berhenti dengan membayar balik sebahagian daripada belanja latihan mereka di sekolah ini.

Senarai Penuntut Intake 12

Berikut adalah senarai nama serta photo terkini skod intake 12. Hanya sekadar renungan, dikhuatiri nanti ada yang sampai tidak mengenali, maklumlah sudah terlalu lama tidak berjumpa.

Saturday 29 March 2014

Lawatan Ke Desa Bina Diri Jerantut Pahang

Pada 29 Mar 2014 seramai 14 daripada intake 12 telah membuat kunjungan ke Desa Bina Diri Jerantut Pahang. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menziarahi salah seorang dari sahabat kami dari intake 12 iaitu Saadon Ghazali yang telah ditempatkan di sini atas sebab-sebab tertentu.

Menurut maklumat yang diperolihi dari rekod simpanan Desa Bina Diri, Saadon telah berkelana di situ bermula Okt 2009 hingga sekarang yang sudah lebih 5 tahun. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas info yang diperolihi serta lawatan awal brader Rahim Bain serta Abdillah pada 23 Mar 2014.